Cloudy With A Chance Of Sun TAMAN ILMU PRASEKOLAH IBNU SINA

Wednesday, December 12, 2012

 
Laman Utama
 

 
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut :
 
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuaran keluarga, masyarakat dan negara.
 
 

 
Matlamat Prasekolah
 
Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
 
 

 
 
Objektif Prasekolah
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Untuk mencapai Objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
 
1. Membina Kecergasan badan
2.  Mempunyai tubuh badan yang sihat
3. Mempraktikan amalan kesihatan yang baik
4.  Mempraktikkan langgkah-langkah menjaga keselamatan diri
5.  Menguasai kemahhiran motor halus dan asas motor kasar
6.  Mempunyai kematangan emosi
7.  Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri
8.  Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
9.  Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10.  Boleh bekerja secara bersedirian dan juga berkumpulan
11.  Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
12.  Mengamalkan nilai murni
13.  Mengamalkan Nilai-nilai Islam dalam Kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
14.  Berkomunikasi Menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian
15.  Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains
17.  Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah
18.  Menggunakan kemahran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
19.  Mengembangkan daya kreatif dan estetika
20.  Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
 
 

 
TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
 
 
Terdapat enam tunjang didalam KSPK
 
 
1.  Tunjang Komunikasi
2.  Tunjang kerohanian, sikap dan nilai
3.  Tunjang kemanusiaan
4.  Tunjang ketrampilan diri
5.  Tunjang perkembangan fizikal dan estetika
6.  Tunjang sains dan teknologi
 
 
 
 
Dokumen yang digunapakai di prasekolah
 
 








 
 


Wednesday, November 14, 2012

Falsafah,Visi dan Misi SK Taman Universiti 4

 
SK TAMAN UNIVERSITI 4,
JOHOR BAHRU
 
 
 
FALSAFAH SEKOLAH

Berteraskan disiplin yang kukuh, ilmu ilmu dan kecemerlangan diri pasti tercapai. Sesungguhnya murid boleh diajar dan boleh belajar. Bahawasnya murid-murid sekolah ini mempunyai potensi untuk berkembang dalam semua bidang

VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 


Guru-guru Sk Taman Universiti 4, Johor Bahru.


Murid-murid prasekolah Ibnu Sina SKTU 4, Johor Bahru